Friday, May 23, 2008

Pakatan Rakyat : Kenapa Terburu-Buru.

Kebelakangan ini kita selalu kedengaran bahawa parti Keadilan Rakyat bersama sekutunya akan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru. Ini dapat dilakukan dengan penyertaan parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak.

Sebagai rakyat Malaysia yang berakal fikiran, cuba kita fikirkan kenapa perkara ini dilakukan secara terburu-buru dengan sanggup memancing wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak itu. Apakah sebab-sebabnya. Dan jika mereka rasa pengaruh mereka semakin besar, kenapa tidak tunggu PRU ke 13 yang akan datang dan menang secara terhormat.

Jika anda berfikiran rasional cuba fikirkan :

KENAPA TERBURU-BURU

dan fikirkan juga :

APAKAH IMPLIKASINYA KEPADA NEGARA DAN RAKYAT JIKA IANYA MENJADI KENYATAAN.

Saya juga suka ingatkan anda bahawa Pakatan Rakyat ini adalah amat rapuh kerana, ketiga-tiga parti ini mempunyai IDEOLOGI yang berlainan, cuba muhasabah diri dan fikirkan kebenarannya. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Akhbar Pembangkang. Dimanakah Keadilan Anda.

Untuk pengetahuan semua, saya adalah pembaca setia akhbar harian iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Metro. Walaubagaimanapun saya juga membaca lain-lain akhbar terutama dari keluaran parti pembangkang untuk mengetahui isu-isu semasa yang dibangkitkan.

Namun sejak kebelakangan ini, saya melihat akhbar-akhbar pembangkang lebih cenderung untuk menghentam kerajaan seolah-oleh semua tindakan kerajaan adalah salah semata-mata. Cuba anda baca keluaran akhbar yang terbaru, semua artikel menceritakan keburukan kerajaan sehingga tiada yang baik. Sehingga ruangan SMS juga semua menceritakan keburukan kerajaan.

Bagi saya, walaupun Utusan Malaysia akhbar pro kerajaan, mereka tidaklah menghentam parti pembangkang, dan jika ada, ianya disertakan fakta yang tidak dapat dipertikaikan. Ia berbeza dengan akhbar keluaran pembangkang, kadangkala faktanya pun boleh dipertikaikan.

Yang musykilnya, akhbar keluaran pembangkang ini tidak menyiarkan artikel yang boleh menjerut leher mereka sendiri seperti isu DEB, Babi, Kes Kapal Singh vs Sultan Perak. Akhbar pembangkang ini juga tiada langsung bagaimana cara untuk memupuk perpaduan selain menghentam BN terutama UMNO iaitu parti terbesar Malayu yang mempunyai majoriti kerusi di Parlimen.

Saya ingin ingatkan kepada semua, di Parlimen kerusi yang paling majoriti walau apa yang terjadi sekalipun ialah UMNO dan UMNO ialah wakil orang melayu. Ini ialah fakta yang langsung tidak boleh dinafikan.

Oleh itu saya memohon kepada semua pembaca supaya berfikir dengan rasional, jangan kita mempertikaikan jasa-jasa yang telah dilakukan oleh kerajaan sehingga bangsa lain menggelakkan kita kerana kebodohan kita sendiri. Dan buat pertama kali saya mengakui kata-kata Tun Dr Mahathir “Melayu Mudah Lupa”.

Sunday, April 27, 2008

Panca Warisan adalah warisan.

Pada 26 April lepas, Dato Seri Hishamudin terpaksa memohon maaf kepada semua pihak dari tindakan beliau menghunus keris (Panca Warisan) di Mesyuarat Pemuda yang lalu. Saya memahami sebab tindakan beliau, tetapi didalam hati saya terguris sedikit akibat isu ini. Saya tak pasti bagaimanajuga perasaan anda.

Seperti yang kita tahu keris merupakan senjata yang digunakan oleh orang melayu pada masa dahulu samada untuk mempertahankan diri atau menentang penjajah seperti zaman penentangan British di Perak oleh Dato' Maharaja Lela dan Dato Sagor. Oleh itu tidak dapat tidak keris juga melambangkan bangsa melayu yang beragama Islam.

Bagi saya tindakan Dato Seri dengan mencium dan menghunus keris tidak salah, keris melambangkan sifat bangsa melayu kita dan Dato Seri telah berazam untuk mempertahankan bangsa Melayu. Inilah simboliknya. Dalam konteks ini saya amat tidak memahami jika ada bangsa melayu sendiri yang mengecam tindakan Dato Seri mencium dan menghunus keris tersebut. Adalah anda hilang sifat kemelayuan anda. Adakah anda tidak sayangi mangsa anda. Untuk bangsa melayu sekalian, saya amat kecewa jika anda mempertikaikan tindakan Dato Seri Hishamudin.

Wahai orang melayu, ingatlah UMNO lah parti yang telah berusaha memerdekakan tanah melayu dari dijajah. UMNO telah memacu Malaysia sehingga sekarang 50 tahun kemerdekaan tanpa konflik dan kesusahan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita hidup senang lenang tanpa rusuhan, kekacauan dan pergaduhan. Tetapi kerana tohmahan-tohmahan tak berasas dan sedikit masalah yang disebabkan oleh orang lain, kita sanggup menjahanamkan UMNO. Tidakkah anda sedar.Hilang UMNO hilanglah melayu.

Saya tak sanggup melihat Datuk dan nenek saya yang dahulunya berpenat lelah mencari kemerdekaan menangis, tetapi ianya dijahanamkan oleh golongan yang tidak berterima kasih dan tidak bersyukur.

Dalam posting yang akan datang, saya akan cuba menceritakan semula kepada anda, parti yang menentang kemerdekaan, menumpang kemajuan sekarang tetapi mengatakan mereka adalah paling betul dan tiada dosa.

Orang melayu, fikirkanlah,,

Tuesday, April 22, 2008

Kakitangan Kerajaan. Penyokong atau Pengkhianat.

Sebenarnya saya amat malas untuk membuat blog ini, tetapi berdasarkan rasa tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan kerajaan, saya gagahkan juga. Saya merupakan kakitangan kerajaan dan amat bersyukur dapat berkhidmat dengan kerajaan. Saya amat sedih apabila melihat kerajaan yang didukungi oleh UMNO diperkotak-katikkan serta dipersenda seolah-oleh kerajaan Malaysia ini tidak berguna. Dari rasa keinsafan dan untuk mengembalikan tohmahan yang dilakukan oleh sesetengah pihak, saya rasa saya bertanggungjawab untuk membantu kerajaan didalam menangani tohmahan yang tidak betul.
Kakitangan kerajaan dari perspektif saya.
Saya telah berkhidmat didalam kerajaan selama hampir sepuluh tahun. Saya telah bekerja di Perlis, Selangor dan Sekarang di Melaka. Melalui pandangan saya, pegawai kerajaan terbahagi kepada dua iaitu yang menyokong kerajaan dan juga yang melawan kerajaan. Yang menyokong kerajaan akan melakukan kerja yang diamanahkan dengan tekun, amanah dan cekap tetapi yang melawan kerajaan akan sentiasa untuk curi tulang dan complain diatas semua kesilapan kerajaan.
Ini ialah hakikat dan tak perlulah anda menafikan perkara ini. Lihat sekeliling dan fikirkan. Jika anda kakitangan kerajaan fikirkan perkara ini betul atau tidak.
Saya pernah mendapat sms berbunyi begini
" Jika kita bekerja dengan kerajaan, tidak mengapa jika kita mengundi pembangkang jika kepala kerajaan ini rasuah, korup dan kaki betina"
Sebagai kakitangan kerajaan perlukan anda mengkhianati kerajaan. Adakah kita dapat membuktikan PM kita mahupun pegawai atasan kita perasuah, kaki betina dan korup. Adakah anda merasakan anda kebal dari mendapat dosa percuma. Adakah anda lebih islam dari orang Islam yang lain.
Kepada kakitangan kerajaan ingatlah dulu sebelum anda bekerja dengan kerajaan, mesti anda pernah berkata "kerja kerajaan le best, semua ada, kemudahan cukup". tetapi setelah bekerja dan menerima semua faedah yang diberikan oleh kerajaan adakah anda tergamak mengkhianati kerajaan dengan menyokong pembangkang dengan alasan yang tidak munasabah.
Fikirkanlah, selama 50 tahun kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh UMNO telah berjaya membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan kegemilangan, kita senang-senang untuk menghancurkannya dengan alasan yang tidak munasabah.
Pegawai dan kakitangan kerajaan. Munasabahlah diri anda.