Sebenarnya saya amat malas untuk membuat blog ini, tetapi berdasarkan rasa tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan kerajaan, saya gagahkan juga. Saya merupakan kakitangan kerajaan dan amat bersyukur dapat berkhidmat dengan kerajaan. Saya amat sedih apabila melihat kerajaan yang didukungi oleh UMNO diperkotak-katikkan serta dipersenda seolah-oleh kerajaan Malaysia ini tidak berguna. Dari rasa keinsafan dan untuk mengembalikan tohmahan yang dilakukan oleh sesetengah pihak, saya rasa saya bertanggungjawab untuk membantu kerajaan didalam menangani tohmahan yang tidak betul.
Kakitangan kerajaan dari perspektif saya.
Saya telah berkhidmat didalam kerajaan selama hampir sepuluh tahun. Saya telah bekerja di Perlis, Selangor dan Sekarang di Melaka. Melalui pandangan saya, pegawai kerajaan terbahagi kepada dua iaitu yang menyokong kerajaan dan juga yang melawan kerajaan. Yang menyokong kerajaan akan melakukan kerja yang diamanahkan dengan tekun, amanah dan cekap tetapi yang melawan kerajaan akan sentiasa untuk curi tulang dan complain diatas semua kesilapan kerajaan.
Ini ialah hakikat dan tak perlulah anda menafikan perkara ini. Lihat sekeliling dan fikirkan. Jika anda kakitangan kerajaan fikirkan perkara ini betul atau tidak.
Saya pernah mendapat sms berbunyi begini
" Jika kita bekerja dengan kerajaan, tidak mengapa jika kita mengundi pembangkang jika kepala kerajaan ini rasuah, korup dan kaki betina"
Sebagai kakitangan kerajaan perlukan anda mengkhianati kerajaan. Adakah kita dapat membuktikan PM kita mahupun pegawai atasan kita perasuah, kaki betina dan korup. Adakah anda merasakan anda kebal dari mendapat dosa percuma. Adakah anda lebih islam dari orang Islam yang lain.
Kepada kakitangan kerajaan ingatlah dulu sebelum anda bekerja dengan kerajaan, mesti anda pernah berkata "kerja kerajaan le best, semua ada, kemudahan cukup". tetapi setelah bekerja dan menerima semua faedah yang diberikan oleh kerajaan adakah anda tergamak mengkhianati kerajaan dengan menyokong pembangkang dengan alasan yang tidak munasabah.
Fikirkanlah, selama 50 tahun kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh UMNO telah berjaya membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan kegemilangan, kita senang-senang untuk menghancurkannya dengan alasan yang tidak munasabah.
Pegawai dan kakitangan kerajaan. Munasabahlah diri anda.

1 comment:
kita sebagai rakyat malaysia mempunyai pandangan dan hak utuk memilih siapa kerajaan yang kita pilih, jangan asyik membetulkan benang yang basah, dengan dunia yang penuh moden dan canggih kita sebagai manusia perlu mempunyai akal yang waras untuk membuat keputusan. satu masalah politik hari ini masing tidak mahu jalan penyelesaian sebaliknya masing-masing apa yang kita buat itu adalah betul, sebenarnya kita sentiasa diperhatikan .....
jangan hanya berpandang sebelah pihak, gunalah akal yang dianugerah oleh Allah untuk berfikir bukan untuk tuduh menuduh antara satu sama lain.... Fikirlah
Post a Comment