Monday, July 7, 2008

GUNA MASJID DAN SURAU UNTUK KEPENTINGAN POLITIK.

2 Julai 2007. Saya berkesempatan untuk menghadiri ceramah agama di suarau kawasan kediaman saya di Puchong yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin Pas yang kini seorang ahli parlimen. Saya menghadiri ceramah atau tazkirah ini adalah dari dasar muhasabah diri saya yang ingin mendapatkan ilmu pengetahuan yang berguna sebagai panduan hidup walaupun penyampainya adalah dari parti Pas. Tajuknya saya kurang pasti kerana masalah audio tetapi ianya berkait dengan “kebersihan”. Seperti yang dijangkakan UMNO juga tidak terlepas dari terkena sindiran penceramah ini tetapi saya tak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius.

Tetapi ada satu perkara yang saya amat tidak setuju dimana beliau menyatakan bahawa DAP telah memberikan kerjasama dengan kerajaan terutama di Perak dan beliau juga mengatakan bahawa pakatan ini telah menemui keserasian. Beliau berhujah seolah-oleh UMNO itu kotor dan tidak bagi DAP. Saya terkedu tetapi apakan daya. Beliau telah menganggap DAP itu kawan sejati tetapi tidak bagi UMNO. Ingin saya nyatakan selama saya hidup dalam tempoh lebih 100 hari inilah banyak tuntutan dan pertikaian mengenai orang melayu telah dibangkitkan seperti DEB dan kontrak sosial oleh sekutu Pas. Tidakkah mereka sedar atau mereka hanya membuat tidak tahu. Tidakkah mereka sedar bahawa MB di Perak hanyalah boneka sahaja.

Jika PAS menyatakan UMNO kurang Islam kenapa mereka tidak mengetuai PR dan mengapa membiarkan PKR mengetuai PR sekarang dimana ianya diketuai oleh seorang perempuan.

Jangan menyindir sesiapa kerana Pas pun 2 x 5 dimana mereka juga bekerjasama dengan parti bangsa lain setelah membuat kenyataan UMNO kafir kerana berkawan dengan parti bangsa lain. Malah sekutu Pas sekarang ternyata lebih ekstrem.

4 Julai 2007, saya juga telah bersolat jumaat di surau berhampiran kawasan Puchong ini. Sekali lagi saya terkejut apabila kerajaan menggunakan khutbah solat jumaat untuk menerapkan fahaman politik mereka. Walaupun tanpa secara terus tetapi secara tersurat mereka menyindir kerajaan BN sekarang. Antara intipati khutbah adalah seperti berikut.

Rasuah. – Para jemaah akan faham bahawa kerajaan BN telah dituduh kerajaan rasuah dalam khutbah ini. Tetapi pernahkan mereka atau penuduh membuktikannya. Ini berbeza salah satu pemimpin mereka yang pernah dibuktikan rasuah dan jika agenda 16 September nanti mereka berjaya, maka terbuktilah bapa segala rasuah telah berlaku.

Kebajikan dan keadilan. – Maksud dari khutbah ini menyatakan bahawa kerajaan BN sebelum ini tidak pernah menjaga kebajikan dan keadilan kepada semua pihak. Saya geleng kepala kerana tidakkah mereka terfikir selama 50 tahun BN yang diterajui UMNO memerintah. Pernahkan kita dizalimi dan semua keperluan kita terjaga dan dipenuhi. (Tun Dr Mahathir – Melayu Mudah Lupa). Jangan kerana kenaikan harga petrol kita lupa segala jasa kerajaan BN. Janganlah fikir senang sahaja sehingga susah sedikit pun tidak boleh.

Ingin saya katakan disini bahawa sepanjang BN memerintah dahulu, tidak pernah sekalipun masjid dan surau digunakan untuk tujuan politik. Pemerintah sekarang tidak tahu membezakan mana yang politik dan mana yang agama. Sehingga motto parti pun digunakan didalam khutbah.

Yop - MB Perak pernah berkata meminta pemimpin dan ahli UMNO di Perak menghormati kerajaan Perak sekarang kerana ianya diperkenankan oleh Sultan Perak. Sekarang saya meminta pemimpin Pas, Keadilan dan Dap menghormati kerajaan BN sekarang yang memerintah Malaysia kerana ianya telah diperkenankan oleh YDP Agong dan telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia.

Monday, June 23, 2008

TEMBELANG DAH PECAH.

Masih saya ingat lagi lebih kurang seminggu atau dua lepas PRU, kerajaan Penang mengumumkan kenaikan RM 50 elaun guru Kafa dari 500 ke 550. Maka bersorai-sorailah guru Kafa dan penyokong penyokong mereka. Mereka berkata walaupun DAP telah menguasai Penang, tetapi DAP prihatin terhadap rakyatnya.

Tetapi, tembelang sudah pecah, oleh itu marilah kita teliti fakta-fakta sahih seperti dibawah seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar:

1. RM 500 elaun Kafa tu rupanya dibayar oleh kerajaan pusat bukan kerajaan negeri. Selama ini ingatkan kerajaan negeri yang bayar, rupanya kerajaan pusat. Fikir logik, siapakan yang lebih prihatin.

2. RM 50 elaun yang dijanjikan oleh kerajaan Negeri masih belum dibayar sehinggalah sekarang.

3. RM 50 tu juga diwar-warkan akan diambil dari tabung zakat dan bukannya dari tabung kerajaan negeri.

RINGKASAN TITAH RAJA MUDA PERAK, RAJA DR NAZRIN SHAH.

22 Jun 2008. Ini ditulis semula titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah khas untuk semua pembaca yang memboikot Akhbar Utusan.

“Adalah malang jika bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa musafir dibumi sendiri.”

“Anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti sitanggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak,hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”


Anak melayu, marilah kita fikir dan memahami apa yang tersurat dan tersirat dari titah Raja Muda Perak ini. Marilah bersama-sama muhasabah diri kita.



Yop - Daulat Tuanku.

100 HARI. APA RAKYAT DAPAT

Tulisan ini khas untuk rakyat Selangor sempena 100 hari pemerintahan PR. Saya nyatakan secara ringkas apa yang rakyat dapat setelah 100 hari pemerintahan PR.


Air - Air free 20 meter padu kat Selangor. Nilainya alahai !!!

Babi - Dulu ada satu puak tu, canang UMNO nak buat ladang babi kat Selangor, alih-alih tu la ni depa setuju plak, Kilang arak yang kata nak tutup dulu camna pulak.

Rumah Ibadat - Rumah ibadat kaum lain yang terbesar diasia tenggara akan dibina.

Ceramah - Ceramah free setiap minggu. Yang hairannya orang melayu je yang datang, bangsa lain takde pun.

Batal Saman Bandaran - Cuma penduduk bandar sahaja yang untung, agak-agak siapa yang ramai duduk dibandar.

Tanah - Kampung baru kat perak dapat 999 tahun, tanah lama 99 tahun jer, mana yang adilnya.
Saya teringatkan lagu patriotik ' WARISAN' nampaknya ianya benar-benar berlaku. Tau tak sapa yang paling banyak duduk di kampung baru ni.

DEB - Sendiri mau ingatla, dah kaya jadi 'si kitul'. Belagak pandai nak hapuskan DEB.

Cuba tengok, agak-agak saper yang paling untung.

PERAK FA – APA DAH JADI

21 Jun 2008 – Saya tersentak bila membaca rencana akhbar yang bertajuk “Perak Terharu Sikap Pemain”. Saya ingat ada apa yang menarik, rupa-rupanya pemain bolasepak perak dan 3 bulan tak dapat gaji.

Selepas PRU saya dah agak dimana bolasepak perak juga akan menerima tempiasnya. Dan ngam-ngam 100 hari telahan saya terbukti. Inilah pertama kali sepanjang saya menyokong perak selepas insiden rasuah tahun 1992, pertama kali saya mendengar Pasukan Perak tak mampu membayar gaji pemainnya. Saya amat kesal, sedih dan marah. Bukan pada pemain, tetapi kepada kerajaan negeri yang sepatutnya membantu seperti kerajaan BN buat dahulu. Jangan hanya tahu nak berceramah sahaja.

Saya berharap Ahmad Shahrul, Daniel, Nantha, Azlan, Hamsani, dan lain-lain dapat bersabar, jasa anda semua amat saya hargai. Jika anda semua berniat berhijrah ke pasukan lain kami takkan menghalang anda semua. Inilah hakikat atau akibat diatas tindakan kita menukar kerajaan.

Yop - Kejor Yop Kejor. Tunggu la 4 tahun lagi.

KERAJAAN PR GUNA SURAU DAN MASJID UTK KEPENTINGAN POLITIK.

Baru baru ini saya terjumpa risalah mengenai kerajaan PR akan mengadakan ceramah (hmm ceramah lagi) di sebuah stadium (Duit letrik stadium tu wang rakyat tau) sempena 100 hari pemerintahan PR. Jika tak silap di penjuru risalah itu tertera bahawa majlis bacaan Yasin sempena 100 hari PR memerintah akan diadakah di semua surau di seluruh negeri. Saya terfikir, tidakkah ini satu kesalahan kerana menggunakan institusi ibadat untuk kepentingan politik. Dan saya juga terfikir, Betullah tu “Matlamat menghalalkan cara”. Sultan dah cakap jangan, diorang buat juga. Tak tau nak kata apa.

Yop - UMNO pun tak pernah buat camtu dan amat menghormati institusi masjid.

KERAJAAN PR GUNA SURAU DAN MASJID UTK KEPENTINGAN POLITIK.

Baru baru ini saya terjumpa risalah mengenai kerajaan PR akan mengadakan ceramah (hmm ceramah lagi) di sebuah stadium (Duit letrik stadium tu wang rakyat tau) sempena 100 hari pemerintahan PR. Jika tak silap di penjuru risalah itu tertera bahawa majlis bacaan Yasin sempena 100 hari PR memerintah akan diadakah di semua surau di seluruh negeri. Saya terfikir, tidakkah ini satu kesalahan kerana menggunakan institusi ibadat untuk kepentingan politik. Dan saya juga terfikir, Betullah tu “Matlamat menghalalkan cara”. Sultan dah cakap jangan, diorang buat juga. Tak tau nak kata apa.

Yop - UMNO pun tak pernah buat camtu dan amat menghormati institusi masjid.

UTUSAN LEBIH RASIONAL DARI AKHBAR LAIN

Adalah satu MB tu nak memboikot Utusan Malaysia (UM) dan menyeru seluruh rakyatnya memboikot UM dengan alasan memainkan sentimen perkauman. Sebenarnya dahulu sebelum PRU saya tidak pernah membeli UM kerana menganggapnya kurang maklumat tetapi sekarang UM adalah akhbar pertama yang saya cari setiap pagi. Saya nak tanyalah MB tu, betulkan Utusan Malaysia pernah memainkan sentimen perkauman berbanding akhbar lain.

Sekarang PR ada banyak akhbar yang dimiliki iaitu Harakah, Buletin Keadilan, Siasah, Wasilah dan di Selangor, Sinar lebih dilihat kepada pro PR dan banyak lagi yang saya tak ingat. Akhbar-akhbar ini sebenarnya lebih tidak adil didalam menyampaikan maklumat. Dari muka satu sehingga muka habis, menghentam-menghentam dan menghentam. Saya rasa saya lebih banyak mendapat dosa dengan membaca akhbar-akhbar ini kerana maklumatnya banyak yang mengutuk dan mencerca.

Satu perkara yang ada di UM tetapi tidak di akhbar lain iaitu ruangan Tutor, sekurang kurangnya anak melayu boleh belajar. Mudah-mudahan anak anak saya tidak tengin macam sesetengah orang.

Yop - Selagi ada melayu selagi itu ada Utusan Melayu.

RINGKASAN TULISAN AL FADHIL USTAZ Dr MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN.

Berikut ada sedikit ringkasan dari Sudut Pena Mufti, tulisan Ustaz Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 15 Jun 2008 yang bertajuk “ Apabila Ulama Disifat Bagaikan Anjing”. Saya percaya ramai penyokong PR tak pernah baca tulisan Mufti Perlis ini, tetapi sila ambil iktibar kerana sekurang kurangnya beliau lebih berilmu dan pengetahuannya terhadap Agama Islam lebih mendalam dari sesetengah MB dari PR di Malaysia ni yang kononnya lebih Islam.

“Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan. Namun dizaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang diberikan tidak diberi, kontrak tidak disambung atau pangkat tidak dinaikkan atau bisness yang mereka menjadi Duta produk atau jurularisnya terjejas.”

“Menjadi mat rempit atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat.

Bagi saya Al Fadhil Ustaz Mohd Asri merupakan tokoh Ulama yang amat neutral dan tidak menyokong mana-mana pihak.

PEMBANGKANG RASA MEREKA KUAT.

Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini ditangan pembangkang. Pada saya, mereka mudah menjalankan tugas kerana hanya menyambung kerja dari kerajaan terdahulu. Tapi apakah sumbangan mereka untuk rakyat setelah mereka memerintah. Setelah memerintah pun masih gila nak berceramah jer. Adakah mereka ingat dan terfikir, mereka bukan menang besar seperti kemenangan BN sebelum ini. Contoh yang paling nyata seperti agihan kerusi DUN di Perak.


BN

UMNO - 25
MIC - 2
MCA - 1

Total - 28 kerusi

PR ( Tak tau la PR ni dah register ke belum).

DAP - 18
Keadilan - 7
Pas - 6

Total - 31 kerusi.


Walaupun MB Perak tu dari Pas, tapi cuba anda lihat parti mana yang paling banyak melayu menang kerusi. Tu pasalla EXCO dah tinggal 2 orang melayu di kerajaan Perak skang. Tapi heran gak, apsal Keadilan tak dapat jadi MB, padahal kerusinya lebih satu dari Pas. Tak cukup kelulusan kot.


LANTIKAN KETUA KAMPUNG DI PERAK ?.

Berdasarkan situasi diatas sesiapapun akan tahu bahawa lantikan ketua kampung baru di Perak tidak akan berjaya, terutama dikawasan-kawasan kampung. Di kampung-kampung majoriti yang amat besar masih meyokong UMNO sebab mereka tahu betapa UMNO telah bersusah payah dan berjasa kepada mereka. Cuma orang-orang yang kecewa dan penduduk luar yang balik ke kampung (orang yang tidak bersyukur dan tengin) semasa pilihan raya mengkhianati orang-orang yang telah lama berjuang ini. Ini turut terjadi di kawasan bekas MB dulu, Tan Sri Ramli (mereka mahu kawan dgn MB dulu cuma nak habuan dan bodek MB tapi sokong Pas) – Kg Biak dan Kg Pasir Salak.

Yop - Kalau aku MB, aku malu.

PR – TIDUR SATU BANTAL, MIMPI LAIN LAIN.

Hanya sedikit maklumat untuk posting ini, berikutan pemuda PAS yang menghantar memorandum kepada kerajaan Selangor mengenai bantahan terhadap konsert semasa Kejohanan Bolasepak Piala Sultan Selangor. Disini kita dapat menilai betapa rapuhnya hubungan diantara parti-parti berikut. Tidakkah perkara mengenai konsert ini dibincang didalam mesyuarat EXCO misalnya. Kenapa Dato’ Hasan tidak membuat bantahan didalam mesyuarat sebelum perkara ini diumumkan.

Dan satu perkara lagi kenapa PR tidak berani untuk mereka satu bendera atau logo khas untuk gabungan parti-parti ini. Kenapa ye ?

Yop - Konsert tak boleh aku faham kenapa, Islam Hadhari diharamkan ahli PR mungkin tak faham, Babi BOLEH pulak, aku lagi tak faham.

LOMPAT SI KATAK LOMPAT.

18 Jun 2008 - Hari ini kita dikejutkan dengan keputusan satu parti kat Sabah untuk membuat usul undi tak percaya kepada PM. Saya amat pelik, setelah banyak tuntutan dari Sabah yang dibuat kepada PM telah dipenuhi, ini balasannya. Sepatutnya dalam keadaan BN ketika ini, beri peluang kepada PM untuk menyelesaikan tuntutannya dan buat masa ini janganlah disakitkan lagi kepala PM. Janganlah terlalu tamak. Tapi yang hairannya ada pemimpin parti dari utara yang teringin nak jadi PM seronok dengan kejadian ini. Dimana semangat kekitaannya didalam BN khususnya UMNO.

Dalam itu saya terfikir :

Kenapa sekarang baru nak ditimbulkan tuntutan-tuntutan yang kadang kala tak munasabah. Kenapa tak lima tahun dahulu atau sepuluh tahun dahulu. Beliau juga mengatakan sekarang adalah masa yang sesuai, jika tidak mereka perlu tunggu 45 tahun lagi. Ya, beliau tahu BN sedang bermasalah dan beliau juga tahu bahawa BN juga sedang dalam proses pemulihan.

Dan saya juga terfikir tujuan membuat usul undi tidak percaya dilakukan adalah kerana ingin partinya dipecat dari BN dan ini akan memudahkannya untuk menyertai parti yang kononnya membela Rakyat tanpa akan dicop menerima imbuhan atau rasuah. Bukan apa jika beliau dan partinya isytihar keluar BN dan masuk PR beliau akan dicop menerima imbuhan.

Adalah lebih mudah beliau dan partinya isytihar keluar dari BN dan masuk terus ke PR jika tidak sukakan PM, ini lebih mudah tanpa menyusahkan PM dan BN.

Hmmmm,,,, kami ahli UMNO bukan bodoh.

Yop - Nak jadi menteri kotttt !!!!!!!!.

Friday, May 23, 2008

Pakatan Rakyat : Kenapa Terburu-Buru.

Kebelakangan ini kita selalu kedengaran bahawa parti Keadilan Rakyat bersama sekutunya akan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru. Ini dapat dilakukan dengan penyertaan parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak.

Sebagai rakyat Malaysia yang berakal fikiran, cuba kita fikirkan kenapa perkara ini dilakukan secara terburu-buru dengan sanggup memancing wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak itu. Apakah sebab-sebabnya. Dan jika mereka rasa pengaruh mereka semakin besar, kenapa tidak tunggu PRU ke 13 yang akan datang dan menang secara terhormat.

Jika anda berfikiran rasional cuba fikirkan :

KENAPA TERBURU-BURU

dan fikirkan juga :

APAKAH IMPLIKASINYA KEPADA NEGARA DAN RAKYAT JIKA IANYA MENJADI KENYATAAN.

Saya juga suka ingatkan anda bahawa Pakatan Rakyat ini adalah amat rapuh kerana, ketiga-tiga parti ini mempunyai IDEOLOGI yang berlainan, cuba muhasabah diri dan fikirkan kebenarannya. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Akhbar Pembangkang. Dimanakah Keadilan Anda.

Untuk pengetahuan semua, saya adalah pembaca setia akhbar harian iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Metro. Walaubagaimanapun saya juga membaca lain-lain akhbar terutama dari keluaran parti pembangkang untuk mengetahui isu-isu semasa yang dibangkitkan.

Namun sejak kebelakangan ini, saya melihat akhbar-akhbar pembangkang lebih cenderung untuk menghentam kerajaan seolah-oleh semua tindakan kerajaan adalah salah semata-mata. Cuba anda baca keluaran akhbar yang terbaru, semua artikel menceritakan keburukan kerajaan sehingga tiada yang baik. Sehingga ruangan SMS juga semua menceritakan keburukan kerajaan.

Bagi saya, walaupun Utusan Malaysia akhbar pro kerajaan, mereka tidaklah menghentam parti pembangkang, dan jika ada, ianya disertakan fakta yang tidak dapat dipertikaikan. Ia berbeza dengan akhbar keluaran pembangkang, kadangkala faktanya pun boleh dipertikaikan.

Yang musykilnya, akhbar keluaran pembangkang ini tidak menyiarkan artikel yang boleh menjerut leher mereka sendiri seperti isu DEB, Babi, Kes Kapal Singh vs Sultan Perak. Akhbar pembangkang ini juga tiada langsung bagaimana cara untuk memupuk perpaduan selain menghentam BN terutama UMNO iaitu parti terbesar Malayu yang mempunyai majoriti kerusi di Parlimen.

Saya ingin ingatkan kepada semua, di Parlimen kerusi yang paling majoriti walau apa yang terjadi sekalipun ialah UMNO dan UMNO ialah wakil orang melayu. Ini ialah fakta yang langsung tidak boleh dinafikan.

Oleh itu saya memohon kepada semua pembaca supaya berfikir dengan rasional, jangan kita mempertikaikan jasa-jasa yang telah dilakukan oleh kerajaan sehingga bangsa lain menggelakkan kita kerana kebodohan kita sendiri. Dan buat pertama kali saya mengakui kata-kata Tun Dr Mahathir “Melayu Mudah Lupa”.

Sunday, April 27, 2008

Panca Warisan adalah warisan.

Pada 26 April lepas, Dato Seri Hishamudin terpaksa memohon maaf kepada semua pihak dari tindakan beliau menghunus keris (Panca Warisan) di Mesyuarat Pemuda yang lalu. Saya memahami sebab tindakan beliau, tetapi didalam hati saya terguris sedikit akibat isu ini. Saya tak pasti bagaimanajuga perasaan anda.

Seperti yang kita tahu keris merupakan senjata yang digunakan oleh orang melayu pada masa dahulu samada untuk mempertahankan diri atau menentang penjajah seperti zaman penentangan British di Perak oleh Dato' Maharaja Lela dan Dato Sagor. Oleh itu tidak dapat tidak keris juga melambangkan bangsa melayu yang beragama Islam.

Bagi saya tindakan Dato Seri dengan mencium dan menghunus keris tidak salah, keris melambangkan sifat bangsa melayu kita dan Dato Seri telah berazam untuk mempertahankan bangsa Melayu. Inilah simboliknya. Dalam konteks ini saya amat tidak memahami jika ada bangsa melayu sendiri yang mengecam tindakan Dato Seri mencium dan menghunus keris tersebut. Adalah anda hilang sifat kemelayuan anda. Adakah anda tidak sayangi mangsa anda. Untuk bangsa melayu sekalian, saya amat kecewa jika anda mempertikaikan tindakan Dato Seri Hishamudin.

Wahai orang melayu, ingatlah UMNO lah parti yang telah berusaha memerdekakan tanah melayu dari dijajah. UMNO telah memacu Malaysia sehingga sekarang 50 tahun kemerdekaan tanpa konflik dan kesusahan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita hidup senang lenang tanpa rusuhan, kekacauan dan pergaduhan. Tetapi kerana tohmahan-tohmahan tak berasas dan sedikit masalah yang disebabkan oleh orang lain, kita sanggup menjahanamkan UMNO. Tidakkah anda sedar.Hilang UMNO hilanglah melayu.

Saya tak sanggup melihat Datuk dan nenek saya yang dahulunya berpenat lelah mencari kemerdekaan menangis, tetapi ianya dijahanamkan oleh golongan yang tidak berterima kasih dan tidak bersyukur.

Dalam posting yang akan datang, saya akan cuba menceritakan semula kepada anda, parti yang menentang kemerdekaan, menumpang kemajuan sekarang tetapi mengatakan mereka adalah paling betul dan tiada dosa.

Orang melayu, fikirkanlah,,

Tuesday, April 22, 2008

Kakitangan Kerajaan. Penyokong atau Pengkhianat.

Sebenarnya saya amat malas untuk membuat blog ini, tetapi berdasarkan rasa tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan kerajaan, saya gagahkan juga. Saya merupakan kakitangan kerajaan dan amat bersyukur dapat berkhidmat dengan kerajaan. Saya amat sedih apabila melihat kerajaan yang didukungi oleh UMNO diperkotak-katikkan serta dipersenda seolah-oleh kerajaan Malaysia ini tidak berguna. Dari rasa keinsafan dan untuk mengembalikan tohmahan yang dilakukan oleh sesetengah pihak, saya rasa saya bertanggungjawab untuk membantu kerajaan didalam menangani tohmahan yang tidak betul.
Kakitangan kerajaan dari perspektif saya.
Saya telah berkhidmat didalam kerajaan selama hampir sepuluh tahun. Saya telah bekerja di Perlis, Selangor dan Sekarang di Melaka. Melalui pandangan saya, pegawai kerajaan terbahagi kepada dua iaitu yang menyokong kerajaan dan juga yang melawan kerajaan. Yang menyokong kerajaan akan melakukan kerja yang diamanahkan dengan tekun, amanah dan cekap tetapi yang melawan kerajaan akan sentiasa untuk curi tulang dan complain diatas semua kesilapan kerajaan.
Ini ialah hakikat dan tak perlulah anda menafikan perkara ini. Lihat sekeliling dan fikirkan. Jika anda kakitangan kerajaan fikirkan perkara ini betul atau tidak.
Saya pernah mendapat sms berbunyi begini
" Jika kita bekerja dengan kerajaan, tidak mengapa jika kita mengundi pembangkang jika kepala kerajaan ini rasuah, korup dan kaki betina"
Sebagai kakitangan kerajaan perlukan anda mengkhianati kerajaan. Adakah kita dapat membuktikan PM kita mahupun pegawai atasan kita perasuah, kaki betina dan korup. Adakah anda merasakan anda kebal dari mendapat dosa percuma. Adakah anda lebih islam dari orang Islam yang lain.
Kepada kakitangan kerajaan ingatlah dulu sebelum anda bekerja dengan kerajaan, mesti anda pernah berkata "kerja kerajaan le best, semua ada, kemudahan cukup". tetapi setelah bekerja dan menerima semua faedah yang diberikan oleh kerajaan adakah anda tergamak mengkhianati kerajaan dengan menyokong pembangkang dengan alasan yang tidak munasabah.
Fikirkanlah, selama 50 tahun kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh UMNO telah berjaya membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan kegemilangan, kita senang-senang untuk menghancurkannya dengan alasan yang tidak munasabah.
Pegawai dan kakitangan kerajaan. Munasabahlah diri anda.