Monday, July 7, 2008

GUNA MASJID DAN SURAU UNTUK KEPENTINGAN POLITIK.

2 Julai 2007. Saya berkesempatan untuk menghadiri ceramah agama di suarau kawasan kediaman saya di Puchong yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin Pas yang kini seorang ahli parlimen. Saya menghadiri ceramah atau tazkirah ini adalah dari dasar muhasabah diri saya yang ingin mendapatkan ilmu pengetahuan yang berguna sebagai panduan hidup walaupun penyampainya adalah dari parti Pas. Tajuknya saya kurang pasti kerana masalah audio tetapi ianya berkait dengan “kebersihan”. Seperti yang dijangkakan UMNO juga tidak terlepas dari terkena sindiran penceramah ini tetapi saya tak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius.

Tetapi ada satu perkara yang saya amat tidak setuju dimana beliau menyatakan bahawa DAP telah memberikan kerjasama dengan kerajaan terutama di Perak dan beliau juga mengatakan bahawa pakatan ini telah menemui keserasian. Beliau berhujah seolah-oleh UMNO itu kotor dan tidak bagi DAP. Saya terkedu tetapi apakan daya. Beliau telah menganggap DAP itu kawan sejati tetapi tidak bagi UMNO. Ingin saya nyatakan selama saya hidup dalam tempoh lebih 100 hari inilah banyak tuntutan dan pertikaian mengenai orang melayu telah dibangkitkan seperti DEB dan kontrak sosial oleh sekutu Pas. Tidakkah mereka sedar atau mereka hanya membuat tidak tahu. Tidakkah mereka sedar bahawa MB di Perak hanyalah boneka sahaja.

Jika PAS menyatakan UMNO kurang Islam kenapa mereka tidak mengetuai PR dan mengapa membiarkan PKR mengetuai PR sekarang dimana ianya diketuai oleh seorang perempuan.

Jangan menyindir sesiapa kerana Pas pun 2 x 5 dimana mereka juga bekerjasama dengan parti bangsa lain setelah membuat kenyataan UMNO kafir kerana berkawan dengan parti bangsa lain. Malah sekutu Pas sekarang ternyata lebih ekstrem.

4 Julai 2007, saya juga telah bersolat jumaat di surau berhampiran kawasan Puchong ini. Sekali lagi saya terkejut apabila kerajaan menggunakan khutbah solat jumaat untuk menerapkan fahaman politik mereka. Walaupun tanpa secara terus tetapi secara tersurat mereka menyindir kerajaan BN sekarang. Antara intipati khutbah adalah seperti berikut.

Rasuah. – Para jemaah akan faham bahawa kerajaan BN telah dituduh kerajaan rasuah dalam khutbah ini. Tetapi pernahkan mereka atau penuduh membuktikannya. Ini berbeza salah satu pemimpin mereka yang pernah dibuktikan rasuah dan jika agenda 16 September nanti mereka berjaya, maka terbuktilah bapa segala rasuah telah berlaku.

Kebajikan dan keadilan. – Maksud dari khutbah ini menyatakan bahawa kerajaan BN sebelum ini tidak pernah menjaga kebajikan dan keadilan kepada semua pihak. Saya geleng kepala kerana tidakkah mereka terfikir selama 50 tahun BN yang diterajui UMNO memerintah. Pernahkan kita dizalimi dan semua keperluan kita terjaga dan dipenuhi. (Tun Dr Mahathir – Melayu Mudah Lupa). Jangan kerana kenaikan harga petrol kita lupa segala jasa kerajaan BN. Janganlah fikir senang sahaja sehingga susah sedikit pun tidak boleh.

Ingin saya katakan disini bahawa sepanjang BN memerintah dahulu, tidak pernah sekalipun masjid dan surau digunakan untuk tujuan politik. Pemerintah sekarang tidak tahu membezakan mana yang politik dan mana yang agama. Sehingga motto parti pun digunakan didalam khutbah.

Yop - MB Perak pernah berkata meminta pemimpin dan ahli UMNO di Perak menghormati kerajaan Perak sekarang kerana ianya diperkenankan oleh Sultan Perak. Sekarang saya meminta pemimpin Pas, Keadilan dan Dap menghormati kerajaan BN sekarang yang memerintah Malaysia kerana ianya telah diperkenankan oleh YDP Agong dan telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia.