Monday, July 7, 2008

GUNA MASJID DAN SURAU UNTUK KEPENTINGAN POLITIK.

2 Julai 2007. Saya berkesempatan untuk menghadiri ceramah agama di suarau kawasan kediaman saya di Puchong yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin Pas yang kini seorang ahli parlimen. Saya menghadiri ceramah atau tazkirah ini adalah dari dasar muhasabah diri saya yang ingin mendapatkan ilmu pengetahuan yang berguna sebagai panduan hidup walaupun penyampainya adalah dari parti Pas. Tajuknya saya kurang pasti kerana masalah audio tetapi ianya berkait dengan “kebersihan”. Seperti yang dijangkakan UMNO juga tidak terlepas dari terkena sindiran penceramah ini tetapi saya tak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius.

Tetapi ada satu perkara yang saya amat tidak setuju dimana beliau menyatakan bahawa DAP telah memberikan kerjasama dengan kerajaan terutama di Perak dan beliau juga mengatakan bahawa pakatan ini telah menemui keserasian. Beliau berhujah seolah-oleh UMNO itu kotor dan tidak bagi DAP. Saya terkedu tetapi apakan daya. Beliau telah menganggap DAP itu kawan sejati tetapi tidak bagi UMNO. Ingin saya nyatakan selama saya hidup dalam tempoh lebih 100 hari inilah banyak tuntutan dan pertikaian mengenai orang melayu telah dibangkitkan seperti DEB dan kontrak sosial oleh sekutu Pas. Tidakkah mereka sedar atau mereka hanya membuat tidak tahu. Tidakkah mereka sedar bahawa MB di Perak hanyalah boneka sahaja.

Jika PAS menyatakan UMNO kurang Islam kenapa mereka tidak mengetuai PR dan mengapa membiarkan PKR mengetuai PR sekarang dimana ianya diketuai oleh seorang perempuan.

Jangan menyindir sesiapa kerana Pas pun 2 x 5 dimana mereka juga bekerjasama dengan parti bangsa lain setelah membuat kenyataan UMNO kafir kerana berkawan dengan parti bangsa lain. Malah sekutu Pas sekarang ternyata lebih ekstrem.

4 Julai 2007, saya juga telah bersolat jumaat di surau berhampiran kawasan Puchong ini. Sekali lagi saya terkejut apabila kerajaan menggunakan khutbah solat jumaat untuk menerapkan fahaman politik mereka. Walaupun tanpa secara terus tetapi secara tersurat mereka menyindir kerajaan BN sekarang. Antara intipati khutbah adalah seperti berikut.

Rasuah. – Para jemaah akan faham bahawa kerajaan BN telah dituduh kerajaan rasuah dalam khutbah ini. Tetapi pernahkan mereka atau penuduh membuktikannya. Ini berbeza salah satu pemimpin mereka yang pernah dibuktikan rasuah dan jika agenda 16 September nanti mereka berjaya, maka terbuktilah bapa segala rasuah telah berlaku.

Kebajikan dan keadilan. – Maksud dari khutbah ini menyatakan bahawa kerajaan BN sebelum ini tidak pernah menjaga kebajikan dan keadilan kepada semua pihak. Saya geleng kepala kerana tidakkah mereka terfikir selama 50 tahun BN yang diterajui UMNO memerintah. Pernahkan kita dizalimi dan semua keperluan kita terjaga dan dipenuhi. (Tun Dr Mahathir – Melayu Mudah Lupa). Jangan kerana kenaikan harga petrol kita lupa segala jasa kerajaan BN. Janganlah fikir senang sahaja sehingga susah sedikit pun tidak boleh.

Ingin saya katakan disini bahawa sepanjang BN memerintah dahulu, tidak pernah sekalipun masjid dan surau digunakan untuk tujuan politik. Pemerintah sekarang tidak tahu membezakan mana yang politik dan mana yang agama. Sehingga motto parti pun digunakan didalam khutbah.

Yop - MB Perak pernah berkata meminta pemimpin dan ahli UMNO di Perak menghormati kerajaan Perak sekarang kerana ianya diperkenankan oleh Sultan Perak. Sekarang saya meminta pemimpin Pas, Keadilan dan Dap menghormati kerajaan BN sekarang yang memerintah Malaysia kerana ianya telah diperkenankan oleh YDP Agong dan telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia.

Monday, June 23, 2008

TEMBELANG DAH PECAH.

Masih saya ingat lagi lebih kurang seminggu atau dua lepas PRU, kerajaan Penang mengumumkan kenaikan RM 50 elaun guru Kafa dari 500 ke 550. Maka bersorai-sorailah guru Kafa dan penyokong penyokong mereka. Mereka berkata walaupun DAP telah menguasai Penang, tetapi DAP prihatin terhadap rakyatnya.

Tetapi, tembelang sudah pecah, oleh itu marilah kita teliti fakta-fakta sahih seperti dibawah seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar:

1. RM 500 elaun Kafa tu rupanya dibayar oleh kerajaan pusat bukan kerajaan negeri. Selama ini ingatkan kerajaan negeri yang bayar, rupanya kerajaan pusat. Fikir logik, siapakan yang lebih prihatin.

2. RM 50 elaun yang dijanjikan oleh kerajaan Negeri masih belum dibayar sehinggalah sekarang.

3. RM 50 tu juga diwar-warkan akan diambil dari tabung zakat dan bukannya dari tabung kerajaan negeri.

RINGKASAN TITAH RAJA MUDA PERAK, RAJA DR NAZRIN SHAH.

22 Jun 2008. Ini ditulis semula titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah khas untuk semua pembaca yang memboikot Akhbar Utusan.

“Adalah malang jika bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa musafir dibumi sendiri.”

“Anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti sitanggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak,hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”


Anak melayu, marilah kita fikir dan memahami apa yang tersurat dan tersirat dari titah Raja Muda Perak ini. Marilah bersama-sama muhasabah diri kita.



Yop - Daulat Tuanku.

100 HARI. APA RAKYAT DAPAT

Tulisan ini khas untuk rakyat Selangor sempena 100 hari pemerintahan PR. Saya nyatakan secara ringkas apa yang rakyat dapat setelah 100 hari pemerintahan PR.


Air - Air free 20 meter padu kat Selangor. Nilainya alahai !!!

Babi - Dulu ada satu puak tu, canang UMNO nak buat ladang babi kat Selangor, alih-alih tu la ni depa setuju plak, Kilang arak yang kata nak tutup dulu camna pulak.

Rumah Ibadat - Rumah ibadat kaum lain yang terbesar diasia tenggara akan dibina.

Ceramah - Ceramah free setiap minggu. Yang hairannya orang melayu je yang datang, bangsa lain takde pun.

Batal Saman Bandaran - Cuma penduduk bandar sahaja yang untung, agak-agak siapa yang ramai duduk dibandar.

Tanah - Kampung baru kat perak dapat 999 tahun, tanah lama 99 tahun jer, mana yang adilnya.
Saya teringatkan lagu patriotik ' WARISAN' nampaknya ianya benar-benar berlaku. Tau tak sapa yang paling banyak duduk di kampung baru ni.

DEB - Sendiri mau ingatla, dah kaya jadi 'si kitul'. Belagak pandai nak hapuskan DEB.

Cuba tengok, agak-agak saper yang paling untung.

PERAK FA – APA DAH JADI

21 Jun 2008 – Saya tersentak bila membaca rencana akhbar yang bertajuk “Perak Terharu Sikap Pemain”. Saya ingat ada apa yang menarik, rupa-rupanya pemain bolasepak perak dan 3 bulan tak dapat gaji.

Selepas PRU saya dah agak dimana bolasepak perak juga akan menerima tempiasnya. Dan ngam-ngam 100 hari telahan saya terbukti. Inilah pertama kali sepanjang saya menyokong perak selepas insiden rasuah tahun 1992, pertama kali saya mendengar Pasukan Perak tak mampu membayar gaji pemainnya. Saya amat kesal, sedih dan marah. Bukan pada pemain, tetapi kepada kerajaan negeri yang sepatutnya membantu seperti kerajaan BN buat dahulu. Jangan hanya tahu nak berceramah sahaja.

Saya berharap Ahmad Shahrul, Daniel, Nantha, Azlan, Hamsani, dan lain-lain dapat bersabar, jasa anda semua amat saya hargai. Jika anda semua berniat berhijrah ke pasukan lain kami takkan menghalang anda semua. Inilah hakikat atau akibat diatas tindakan kita menukar kerajaan.

Yop - Kejor Yop Kejor. Tunggu la 4 tahun lagi.

KERAJAAN PR GUNA SURAU DAN MASJID UTK KEPENTINGAN POLITIK.

Baru baru ini saya terjumpa risalah mengenai kerajaan PR akan mengadakan ceramah (hmm ceramah lagi) di sebuah stadium (Duit letrik stadium tu wang rakyat tau) sempena 100 hari pemerintahan PR. Jika tak silap di penjuru risalah itu tertera bahawa majlis bacaan Yasin sempena 100 hari PR memerintah akan diadakah di semua surau di seluruh negeri. Saya terfikir, tidakkah ini satu kesalahan kerana menggunakan institusi ibadat untuk kepentingan politik. Dan saya juga terfikir, Betullah tu “Matlamat menghalalkan cara”. Sultan dah cakap jangan, diorang buat juga. Tak tau nak kata apa.

Yop - UMNO pun tak pernah buat camtu dan amat menghormati institusi masjid.

KERAJAAN PR GUNA SURAU DAN MASJID UTK KEPENTINGAN POLITIK.

Baru baru ini saya terjumpa risalah mengenai kerajaan PR akan mengadakan ceramah (hmm ceramah lagi) di sebuah stadium (Duit letrik stadium tu wang rakyat tau) sempena 100 hari pemerintahan PR. Jika tak silap di penjuru risalah itu tertera bahawa majlis bacaan Yasin sempena 100 hari PR memerintah akan diadakah di semua surau di seluruh negeri. Saya terfikir, tidakkah ini satu kesalahan kerana menggunakan institusi ibadat untuk kepentingan politik. Dan saya juga terfikir, Betullah tu “Matlamat menghalalkan cara”. Sultan dah cakap jangan, diorang buat juga. Tak tau nak kata apa.

Yop - UMNO pun tak pernah buat camtu dan amat menghormati institusi masjid.